Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, October 5, 2010

Tahniah untuk Pak Ude [Mohd Nasir Jabidin]

::Kembara haji dapat tajaan tiga bas mewah ::


Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh (tengah) bersama sebahagian peserta program Kembara Haji-Jalan ke Mekah 2010, di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semalam.


Shattirs : Tahniah untuk Pak Ude saya [Mohd Nasir Jabidin],diatas limpahan rezeki dari ilahi untuk mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini seterusnya menjadi tetamu Allah buat pertama kali.

Pak Ude ialah suami kepada Mak Ude[adik mak saya],beliau memang berpengalaman membawa Bas Ekspress sejak dulu [KL-SINGAPORE].

SHAH ALAM 4 Okt. - Penganjur program Kembara Haji - Jalan ke Mekah 2010 (KHj 2010), Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., menerima tajaan tiga buah bas Nice Eksekutif Coach daripada Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) hari ini.

Penyampaian tajaan tersebut di sini disempurnakan oleh Pengerusi KTB, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh kepada Pengerusi KHj 2010, Datuk Mansor Ramli.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim, pihaknya juga menyediakan enam orang pemandu yang berpengalaman bagi menjayakan program KHj 2010 yang julung kali diadakan.

''Setiap bas akan mempunyai dua orang pemandu, bukan sahaja berpengalaman tetapi juga mempunyai latihan mencukupi untuk memandu jarak jauh. Mereka akan bergilir-gilir memandu sehinggalah rombongan tiba di tanah suci.

'' Bas ini adalah bas mewah yang bakal memberikan keselesaan kepada jemaah haji selain boleh berjalan 1,000 kilometer setiap hari," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

KHj 2010 anjuran Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., bakal disertai kira-kira 100 orang jemaah haji yang akan memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

Perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dijangka memakan masa selama 60 hari.

Ia akan merentasi Thailand, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Kos bagi semua peserta KHj2010 sebanyak RM2.8 juta iaitu RM28,000 bagi setiap peserta dengan sebahagian daripadanya ditaja oleh beberapa syarikat korporat.

Sementara itu, seorang pemandu bas KHj 2010, Mohd. Nasir Jabidin, 53, yang mempunyai pengalaman 13 tahun berkata, beliau sudah bersiap sedia mengharungi pelbagai rintangan yang bakal dihadapi dalam perjalanan itu nanti.

''Sememangnya ini perjalanan yang paling jauh pernah saya tempuhi sejak menjadi pemandu bas tetapi dengan kursus yang sentiasa diberikan oleh pihak syarikat akan digunakan sepenuhnya dan berharap selamat pergi dan pulang.

''Selain rasa teruja saya juga rasa gembira kerana dipilih menyertai rombongan ini dan ini kali pertama saya mengerjakan haji," katanya.

Shattirs : Ada yang bertanya bilakah saya ingin pulang ke bumi Malaysia,insyaAllah saya akan pulang dalam bulan 10 ini thn 2010,cuma samada tengah atau hujung bulan.Waktu dan tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Doakan dipermudahkan urusan kita semua,Amin ya Allah ~

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

2 comments:

musafirtibbi said...

wah,best gile.nak join jugak

Anonymous said...

ada rakaman video bolehlah kongsi