Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, June 13, 2010

Sekitar Muktamar PAS kali ke 56




PAS berperanan selesai konflik serantau


KOTA BHARU, 13 Jun: Biar pun PAS kelihatan memberi tumpuan lebih kepada isu Palestin, namun permasalahan serantau tetap menjadi fokus parti itu terutamanya berkaitan konflik di kawasan bergolak di Mindanao dan Selatan Thailand.

"Di peringkat serantau kita tidak pernah meninggal atau mengenepikannya. Kita memandang berat masalah serantau di Mindanao membincangkan masa depan masyarakat Moro. Begitu juga diSelatan Thai.

"Kedua-dua isu konflik itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja serantau kita di peringkat Asean, khususnya di Patani kerana kedudukan bersempadan dengan Kelantan.

"Kita terus menjaga sentiviti dan mengambil pendekatan yang pelbagai terutamanya pendekatan diplomasi tanpa pubsiti dalam mencari penyelesaian yang timbul," kata Pengerusi Lajnah Luar Negeri, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Kata beliau dalam isu Patani beliau bersama Datuk Kamaruddin Jaafar telah berjumpa dengan bekas Menteri Luar Thai, Dr Surin membincangkan masalah yang berlaku.

"Saya juga pergi ke Mindanao meniti apa yang berlaku di sana. Saluran bantuan yang kita salurkan melalui Yayasan Amal di mana badan itu telah bergerak aktif di Mindanao," katanya.

Beliau juga berharap pengarah Yayasan Amal, Hussin Ismail hendaklah meneruskan usaha tersebut seboleh mungkin tanpa mendapat publisiti bagi menjaga semangat Asean.

Kata beliau ada pendekatan digunakan PAS mencari penyelesaian terhadap konflik di kedua-dua kawasan terbabit di rantau ini.

Menurutnya penyelesaian konflik digunakan serupa dengan kaedah yang pernah diambil di Acheh, sebelum mencapai kejayaan.

Kata beliau usaha yang dilakukan itu mengambil tempoh tiga tahun sehingga akhirnya berlaku penyelesaian dengan kerajaan Indonesia.

Katanya, delegasi perundingan PAS diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Inilah yang kita usahakan, terlalu sensitif dengan apa yang berlaku tersebut. Kita tidak pernah mengabaikan terhadap jiran untuk mengambil bahagian bagi menyelesaikan konflik di rantau ini," katanya.

Brought to you by : shattirs

No comments: