Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, March 25, 2010

Gambar-Gambar Menarik EMINEN'T 10 & MANIS'10 (BAHAGIAN 2)


::Ajk Pendaftaran Yang Rajin & Cekap::


::Us Amin (MAZA) & Us Salleh(ARAB)::


::Pengerusi Umum Majlis (Us Azim)::

::Seni Silat Pembuka Majlis::


::Gaya Kameraman di Malam MANIS::

::Solat Tiang Agama::


::Aksi Pentomen Tanta::


::Majlis Perasmian EMINENT'10::


::Cenderahati Untuk Ahli Panel::


::Slot Bersama YB Idham Lim (Cina Islam) & rombongan dari Malaysia::-->(Us Azhar Rafaie dua dari kanan ialah kawan baik ayah shattirs dan 1 tempat di Teluk Intan::


::Slot Bait Muslim::


::Renungan Manja Seorang Ketua Pengarah::

::Hadiah Pertandingan Mini EMINENT'10::

Shattirs : Saksikanlah Gaya Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia ~

*Klik pada garisan*


Khutbah Jumaat oleh Dato Seri Nizar di Riley Smith Hall, University of Leeds, United Kingdom - 19 Mac 2010


Shatirs :
Kuliah Sudah rancak untuk fasa kedua,so,mari sama-sama kita bergerak langkah menuju kejayaan.Ya Allah berikanlah kami kejayaan didunia dan akhirat,AMIN ~

P/S : Terima kasih dengan doa orang-orang tersayang ~

11.30 P.m
Syed Nawi,Tanta Scan
TANTA,MESIR

Brought to you by : shattirs

Sunday, March 21, 2010

Perkahwinan Mahasiswa Azhar Di Dalam Harian Metro



sumber : kpipm64.blogspot.com

21 Mac 2009 ~

Pengantin Cipta Sejarah Berkahwin Melalui Sidang Video ~

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.

“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

shattirs: Tahniah diucapkan untuk sahabat saya Us Zahid diatas perkhwinanya bersama insan tersayang .Semoga berbahagia hingga akhir hayat,AMIN.

Minta maaf saya tidak dapat hadir ke majlis kenduri di Rumah Perak pada hari ini (AHAD) 21/3/2010.

Shattirs : Mabruk juga untuk Us Khalil Dan Ustzh Mashitah Sidek ~ Barakallahulakuma wa barikalaikuma wajama'bainakuma fil khair,AMIN YA ALLAH ~


Shattirs : Makluman untuk seluruh Warga Tantawiyyun,kelas pengajian di Bumi Tanta Bersama Dr Abdullah Syazili setiap minggu hari Khamis (malam Jumaat).

Kelas Sheikh Ahmad pula setiap hari (kecuali Jumaat)-->(Maghrib hingga Isyak),dihadapan Hospital Universiti Tanta.

Brought to you by : shattirs

Friday, March 19, 2010

Gambar-Gambar Menarik EMINEN'T 10 & MANIS'10 (BAHAGIAN 1)


::Antara Slot didalam EMINENT'10::

::Bahagian Pendaftaran EMINENT'10::


::Hewi PMRAM ::


::Fasi Medik Alex bertemu dengan Ketua UPI Alex ::



::Makanan yang disediakan di BAZAR::



::Slot terakhir bersama akhi Nazrul Nasir::



::EMINENT'10 13/3/10::


::Bahagian Publisiti & Pendaftaran::

::Majlis Perasmian EMINENT'10::



::Cabutan Bertuah kali ke-2::



::Kelihatan Wakil HEWI PERAK(KPIPM) & HEWI KEDAH (MKKK)::



::Cabutan Bertuah kali ke-3::


::Cabutan Bertuah kali pertama ::



::Dewan dipenuhi warga Malaysia di MESIR::



::Akhwat Medik banyak yang bertuah::



::kelihatan shattirs sedang memegang kotak cabutan bertuah (2 dari kiri)::

Shattirs ::Alhamdulillah sambutan program EMINENT'10 pada tahun ini amat mengalakkan dari seluruh Mahasiswa/wi Malaysia di bumi Tanta (Pengajian Islam & Perubatan).


Statistik
: Kehadiran Mahasiswa/wi ke EMINENT'10
Hari 1 - 281 orang
Hari 2 - 196 orang
Hari 3 - 313 orang
Hari 4 - 348 orang

Statistik : Pendaftaran EMINENT'10

2008 : 327 orang
2009 : 414 orang
2010 : 612 orang

MALAM MANIS ---> 748 orang.

Shattirs : Terima kasih juga saya ucapkan untuk timbalan NurulHusna serta ajk ikhwah & akhwat (Iqbal,Salam,Rahman,Hasan,Sufian),(Husna Bakar,Maisarah,Lina Julian,Tuan Akhyar n Nurul Iman).

Sekian,

MOHD HELMI CHE PAUZI ~


PENGARAH PUBLISITI & PENDAFTARAN EMINENT'10
DPM PMRAM CAWANGAN TANTA 2009/10

Brought to you by : shattirs

Thursday, March 18, 2010

Pelajar Perubatan TANTA meninggal dunia di Iskandariah

Pelajar PCT Meninggal Dunia ~


Iskandariah, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkuburan selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

shattirs : moga rohnya dicucuri rahmat ilahi,amin.

tengah hari sebelum arwah pergi,beliau sempat mendaftar dalam Program Eminent'10 bersama saya,tetapi apakan daya,takdir ilahi telah menetukan segalanya.

Brought to you by : shattirs

Sheikh Al-Azhar WAFAT

`MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG DI RIYADH (ARAB SAUDI) ~




Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

shattirs : Semoga Allah merahmati beliau, al Fatihah...(AMIN),Jenazah tantawi selamat dikebumikan di perkuburan Baq'ie , Madinah.

Prof Dr Ahmad Thoib (SHEIKH AL-AZHAR YANG BARU)

Brought to you by : shattirs

EMINENT'10


EMINENT '10 Berjalan Lancar ~



Tanta, 12 Mac - Perjalanan Program EMINENT '10 pada kali ini berjalan dengan lancar. Program yang bermula dari 8 hingga 13 Mac ini adalah program mega bagi DPM Tanta. Ia adalah salah satu program yang dirancang bagi mengumpulkan seluruh ahli Tanta di bumi Mesir ini untuk bersama menjalinkan ukhwah serta bantu membantu dikalangan ahli dalam melaksanakan kerja-kerja Islam.

Program ini bermula dengan slot Diskusi Kitab yang bertajuk Fitnah al-Takfir oleh Ustaz Salman Maskuri bagi slot tengahari. Beliau menerangkan pelbagai masalah yang berlaku di antara umat Islam sendiri pada waktu ini. Beliau juga menasihatkan supaya menjaga kesatuan yang ada dan tidak taksub kepada mana-mana kumpulan. Diakhir ucapannya beliau menegaskan kembali kepentingan perpaduan semua jamaah yang ada bukannya semakin berpecah kerana keegoan dalam melaksanakan kerja-kerja Islam.

Majlis Perasmian EMINENT '10 diadakan pada sebelah malamnya di Dewan Utama EMINENT '10. Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Ibrahim Khawwas disusuli ucapan oleh pengarah program Ustaz Ibrahim bin Mansor. Turut hadir Pengerusi DPM Tanta Ustaz Dzulhilmi bin Roslan dan Timbalan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta Doktor Syafiq Affandi bin Baharin menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM al-Fadhil Ustaz Mohd Yazid bin Pardi selaku Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM pada sesi ini. Dalam ucapannya beliau sempat memberi kata-kata semangat kepada hadirin pada malam tersebut dengan menyatakan empat fokus utama kewajipan pemuda Islam masa kini iaitu Memahami erti Islam itu secara syumul, beramal dengan amalan-amalan Islam, berdakwah di jalan Allah dan mengikat diri dengan perjuangan Islam. Turut diadakan pada malam tersebut perasmian bazar EMINENT '10 di tingkat bawah.

Hari kedua EMINENT '10 diteruskan lagi dengan slot bersama Bersama BP dan HEWI PMRAM. Seramai 13 orang Badan Pengurus PMRAM dan 13 orang HEWI PMRAM telah turun padang bagi menjayakan slot tersebut. Kesempatan dalam program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi ahli DPM Tanta dengan persatuan yang menaung seluruh mahasiswa yang berada di bumi Mesir ini sejak sekian lama dalam menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia. Program dimulakan dengan sesi ta'ruf oleh semua pimpinan. Para hadirin diberi peluang untuk mengajukan soalan bagi menjelaskan masalah-masalah yang berlaku di kalangan ahli. Pelbagai persoalan telah ditimbulkan dan semuanya terungkai selepas ianya dijawab oleh para pimpinan pada petang tersebut.

The Chosen One menjadi tajuk pilihan bagi slot malam. Tajuk tersebut bermaksud yang terpilih iaitu dalam menyampaikan dakwah. Ustaz Khairul Anuar selaku pengisi slot pada malam tersebut menceritakan sirah Nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah kepada umat pada awal kedatangan Islam dan pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh Baginda S.A.W yang perlu diambil pengajaran dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


Hari ketiga EMINENT '10
ahli tanta berpeluang bersama pimpinan dari Malaysia iaitu YB Idham Lim Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong bersama rombongan. Dalam program tersebut beliau menerangkan situasi di Malaysia ketika ini dengan pelbagai permasalahan yang berlaku. Para hadirin juga berkesempatan bertanya persoalan yang kurang jelas mengenai masalah yang berlaku khususnya di Perak. Diakhir ucapannya beliau berharap mahasiswa di bumi Mesir ini dapat menjadi penggerak utama dalam memperjuangkan Islam di tanah akhir setelah pulang nanti dan tidak lari dari menjalankan amanah Allah ini.

Pada sebelah malamnya Dewan EMINENT '10 dipenuhi dengan kehadiran ahli yang ramai. Slot yang diminati ramai ini sering menjadi penyeri program sebegini. Seramai tiga orang panel dan seorang pengerusi dari pelajar perubatan berjaya menyerikan keadaan pada malam itu. Pelbagai nasihat dan panduan dalam memilih pasangan berlandaskan Islam telah diterangkan. Para hadirin digalakkan menggunakan Unit Bait Muslim untuk mencari pasangan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


Hari keempat EMINENT '10
para hadirin disajikan dengan slot perubatan yang bertajuk "kehebatan pakar perubatan silam". Doktor Farhan bin Mahabot pelajar perubatan dari Iskandariah telah membentangkan tajuk berkenaan. Pelbagai kehebatan pakar perubatan silam telah diceritakan oleh beliau. Antara pakar perubatan silam ialah Ibnu Sina, al-Razi dan ramai lagi yang harus kita kenali. Ini kerana kehebatan pakar perubatan dari golongan muslim telah sekelian lama wujud sedangkan kita lebih mengenali pakar perubatan barat.


shattirs : Alhamdulillah perjalanan EMINENT'10 berjalan dengan baik dan lancar ~

Sumber : http://edpmt.org

Brought to you by : shattirs

Saturday, March 6, 2010

Tentatif Terkini EMINENT'10

EMINENT'10 ---> 8-13/3/2010 ~




*Klik untuk besarkan*

UNIT PUBLISITI & PENDAFTARAN EMINENT' 10 ~


Brought to you by : shattirs