Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, March 29, 2009

GEMPAR : Jawapan Darussifa' mengenai Debat Fitnah di Mesir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد




shattirs : Video ini adalah penjelasan Us Trimizi Zainal Al-Hafiz ( Ketua Lajnah Antarabgsa Darussifa')mengenai perdebatan baru-baru ini di Mesir.

Us Trimizi menjawab pertanyaan dari salah seorang ahli Perak (KPIPM) ketika kami mengadakan majlis di rumah Perak sementara di Haiyu Sabiek.Penulis bertindak sebagai pengerusi majlis amat terharu dengan penjelasan mahupun jawapan dari Us Trimizi sendri selaku wakil Darussifa' di luar negara melalui pertubuhan~ PISANG~

Saya tak nak mengulas panjang mengenai video ini ,terpulang kepada pembaca blog shattirs sendiri untuk mentafsirnya,juga tidak mahu menyokong mana-mana pihak samaada pihak yang benar mahupun sebaliknya.Selamat menonton !

Video ini boleh juga dilihat di laman Youtube . Search -Penjelasan Kenyataan Syeikh Hasan ~

Gambar Pilihan Shattirs ~

~ MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE -76 ~
26/3/09 ~



::Shattirs.Mirrage.Al Janggut::

Brought to you by : shattirs

Sunday, March 22, 2009

Bicara Agama Shattirs


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Sumber : Utusan Malaysia ( Bicara Agama)

1) Mencontohi dan mencintai Rasulullah SAW ~




ISLAM merupakan agama yang universal dan syumul (lengkap) yang mencakupi segala hal ehwal manusia seperti ibadat, munakahat, jenayah, muamalat dan sebagainya. Kesyumulan Islam tidak dapat diragui kerana manusia yang bertanggungjawab atas penyebaran Islam ini iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah ini diiktiraf oleh semua manusia termasuklah sarjana Barat, tokoh-tokoh agama Islam, Yahudi, Kristian dan sebagainya.

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
, buku yang mendapat tempat di hati masyarakat dunia yang ditulis oleh seorang penulis Barat bernama Michael Hart yang mana telah menempatkan Nabi Muhammad SAW di rangking pertama manusia yang sangat berpengaruh di muka bumi ini.

Michael Hart juga memperakui bahawa tiada yang setanding dengan Nabi SAW kerana yang dapat mempengaruhi umat manusia dari semua sudut termasuklah keperibadian, tingkahlaku, akhlak dan sebagainya.

Nabi Muhammad sangat sinonim dengan panggilan Rasulullah SAW yang mana bermaksud pesuruh Allah atau The Savior of Humanity (penyelamat manusia sejagat).

Keperibadian Rasulullah~

Keunggulan keperibadian Rasulullah tidak dapat disangkal oleh mana-mana individu di atas dunia kerana Baginda SAW mempunyai keperibadian yang sangat mulia dan merupakan contoh tauladan kepada semua manusia sejagat.

Allah menukilkan dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Rasulullah merupakan anak kelahiran bumi Mekah pada 12 Rabiulawal tahun Gajah yang mana pada ketika itu suasana di tanah Arab merupakan zaman kegelapan jahiliah.

Umat manusia sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah kedua Islam Saidina Umar Al-Khatab pada zaman jahiliahnya.

Penyembahan berhala-berhala seperti al-Lata, al-Uzza, Manat dan Wadda Suwaa berleluasa di muka bumi Arab ketika itu. Selain itu kaum-kaum wanita ditindas dan dihina sehina mungkin kerana mereka adalah kaum 'wanita' yang dikatakan memalukan keluarga.

Selepas kelahiran Rasulullah pancaran cahaya hidayah memancar jelas dimuka bumi Mekah tetapi tidak dipedulikan oleh umat manusia pada ketika itu kecuali sedikit. Tetapi dengan ketabahan dan kesabaran Rasulullah telah mencipta sejarah baru manusia yang mana keadaan masyarakat yang hina diangkat setinggi-tingginya dengan agama Islam.

Ketabahan Rasulullah merupakan ketabahan yang luar biasa kerana Baginda SAW diuji dengan pelbagai dugaan, rintangan, halangan, ancaman, cubaan dan sebagainya.

Sejak kecil, Baginda SAW diuji apabila dilahirkan dalam keadaan anak yatim yang kematian bapanya sewaktu baginda dalam kandungan bondanya dua bulan. Bukan itu sahaja pada usia 6 tahun, Nabi sekali lagi diuji apabila bonda yang disayangi menyahut panggilan ilahi.

Si anak yatim yang bernama Muhammad bin Abdullah ini meneruskan perjalanan hidup Baginda SAW dengan ketabahan yang tinggi. Sikap ketabahan Rasulullah dalam menyebarkan panji-panji dakwah Islam ini adalah pada ketika baginda ke Taif yang mana Rasulullah dihina dengan cacian dan dibaling batu sehingga luka dibadan Baginda. Namun, demi perjuangan menyebarkan Islam, Rasulullah tabah kerana Baginda SAW berpandangan jauh dalam berdakwah.

Satu kisah yang sangat menyayat hati apabila ada seorang wanita yang sangat benci kepada Baginda. Apabila sahaja melihat Rasulullah lantas wanita itu mengambil penyapu lalu memukul Baginda. Rasulullah tetap tidak melawan tetapi membalas pukulan tersebut dengan senyuman dan salam.

Suatu hari wanita tersebut tidak melakukan perkara yang sama sehingga Rasulullah berasa pelik. Jiran-jiran menyatakan pada Baginda bahawa wanita itu sakit dan tidak kuat untuk bangun.

Sebaik sahaja mendengar perkara tersebut Baginda terus masuk ke dalam rumah wanita itu dan melakukan kerja-kerja rumah.

Wanita itu begitu hairan melihat perangai Rasulullah yang sudi membantunya meskipun dia sangat benci terhadap Rasulullah. Selepas peristiwa tersebut maka hati wanita itu telah tertawan dengan keperibadian Baginda lantas memeluk Islam.

Ini merupakan satu contoh keperibadian Baginda yang sukar ditandingi. Jika pada zaman moden ini seseorang dihina dan dimaki dengan kesat, balasannya adalah dengan perbuatan yang sama iaitu memaki hamun dengan bahasa yang kesat juga dan agak mustahil membalas kejian sedemikian dengan pujian.

Dari sudut kekeluargaan Baginda SAW merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, seorang ayah dan datuk yang amat penyayang terhadap anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam soal muamalat, Baginda amanah apabila diberikan tanggungjawab sebagai contoh Rasulullah pernah berkhidmat dengan Khadijah dalam hal perniagaan sehingga ke negeri Syam.

Amanahnya Rasulullah membuatkan Khadijah tertawan hati dengan Baginda dan sudi menjadi ratu bidadari di hati Rasulullah dengan menghantar orang melamar Baginda.

Sifat-sifat baginda ini telah terpahat kukuh di hati umat Islam iaitu sifat siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Sifat-sifat inilah yang mencerminkan nilai keperibadian Rasulullah yang sukar dicari ganti.

Maulidur Rasul yang kita sambut setiap kali 12 Rabiulawal bukanlah hanya sebagai satu perkara ritual sahaja tetapi merupakan salah satu langkah untuk terus memperingati sejarah Nabi dalam menempuh liku-liku kehidupan sehingga Islam tersebar luas dan tertegak kukuh di atas muka bumi ini.


2) Al-Quran sentiasa terpelihara ~



Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka, dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (Wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).

(ali-‘Imran: 56-58)


Al-quran dijamin terpelihara oleh Allah sampai bila-bila. -


Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: "Ayat-ayat ini merupakan kesinambungan daripada kisah yang terdahulu iaitu peperangan yang berlangsung antara kebaikan dan kejahatan".

Muhammad Quraish Shihab berkata: "Selepas Allah menjelaskan bagaimana ganjaran yang akan diperolehi Isa a.s, maka Allah menyatakan balasan yang menanti orang-orang kafir yang melakukan dan merestui tipu daya terhadap beliau serta ganjaran yang menanti orang yang beriman".

Ayat ke-56 ~

Firman Allah SWT yang bermaksud: Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

Iktibar dan fiqh ayat:


i. Ibn Jauzi berkata: "Maksud mereka yang kafir dalam ayat ini adalah Yahudi dan Nasrani dan azab yang ditimpa ke atas mereka di dunia dengan pedang dan jizyah sedangkan di akhirat dengan api neraka".

ii. Al-Qurtubi berkata: "Azab yang dikenakan terhadap orang kafir dengan pembunuhan disalib, ditawan dan dikenakan jizyah sedangkan di akhirat dikenakan azab neraka".

iii. Al-Maraghi berkata: "Orang Yahudi yang mendustaimu akan Aku jatuhkan seksaan ke atas mereka ini dengan pelbagai seksaan di dunia, seperti pembunuhan, menjadi tawanan dan dikuasai oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan, seksaan di akhirat nanti lebih dahsyat dan lebih memedihkan. Pada saat mereka tidak akan menemui sebarang penolong pun, sebagaimana mereka tidak menemukannya ketika di dunia ini".

iv. Hamka berkata: "Ajaran agama bukanlah semata-mata untuk keselamatan akhirat sahaja bahkan terlebih dahulu seksaan dunia akan dirasainya. Di dalam ilmu akhlak diterangkan betapa hidup yang lurus di dunia dengan kebersihan akhlak, moral dan mental.

"Tanggungjawab kepada Allah SWT dan juga pada manusia. Kekayaan, pangkat dan jabatan yang tinggi, harta benda yang melimpah ruah dan kekuasaan yang dirasai tidak akan dapat menolong menyelubungi seksaan batin kerana memilih jalan yang sesat".

Ayat ke-57 ~

Firman Allah SWT yang bermaksud: Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka, dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Iktibar dan fiqh ayat:


i. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT tidak menyukai seseorang yang menzalimi hak orang lain, atau melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya.

"Oleh kerana itu bagaimana Dia boleh membuat zalim ke atas hamba-Nya, sedangkan Dialah memberi balasan kepada hamba-Nya dengan sewajarnya".

Ayat ini merupakan ancaman daripada Allah SWT terhadap orang yang kafir kepada-Nya dan juga kepada Rasul-rasul-Nya. Sebaliknya ia merupakan khabar gembira kepada orang yang beriman kepada-Nya dan Rasul-rasul-Nya.

ii. Hamka berkata: "Orang-orang soleh akan diberi ganjaran dengan sempurna di dunia sampai akhirat. Bila iman sudah sebati di dalam jiwa, segala amalan untuk kebaikan mudah dilakukan maka di akhirat kelak syurga balasan untuk mereka yang beriman kepada Allah SWT".

Ayat 58 ~


Firman Allah SWT yang bermaksud : Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (Wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).

Iktibar dan fiqh ayat :

i. Ibn Abbas r.a berkata: "Maksud zikir al-Hakim ialah al-Quran".

ii. Al-Zajjaj berkata: "Makna zikir al-Hakim pada susunan dan nazamnya serta menerangkan segala faedah daripadanya".

iii. Ibn Kathir berkata : "Ini yang kami kisahkan kepadamu hai Muhammad berkenaan dengan perihal Nabi Isa sejak kelahirannya dan apa yang Allah wahyukan kepadanya tanpa syak dan ragu lagi".

iv. Al-Maraghi berkata: "Kisah dalam al-Quran yang menjelaskan pelbagai pengajaran daripada cerita dan hukum memberi petunjuk kepada orang beriman mengenai inti pati agamanya, pemahaman syariat dan rahsia dikumpulkan manusia pada hari kiamat.

"Ayat-ayat ini akan menjadi hujah terhadap rombongan Nasrani Najran yang membantahnya dan Yahudi Bani Israel yang mendustakannya serta kebenaran yang kamu bawa kepada mereka".

v. Hamka berkata: "Telah diceritakan betapa Bani Israel, tegasnya Yahudi mencuba segala tipu daya mereka hendak menjerumuskan Nabi Isa ke dalam lembah kesengsaraan.

"Bahkan hendak membunuhnya sekali kerana mereka telah kafir dan tidak mahu menerima risalah Nabi Isa. Mereka gagal berbuat demikian kerana Allah SWT telah memuliakan Nabi Isa a.s dan memeliharanya".

Daripada ayat-ayat yang dibincangkan jelas menunjukkan sewajarnya kita menempatkan Nabi Allah Isa pada tempatnya dengan berpandukan kepada ayat-ayat Allah. Semoga kita menjadi hamba yang beriman dan berpegang kepada kebenaran. Amin.

Brought to you by : shattirs

Friday, March 13, 2009

Eminent 09



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Shattirs
: Mari sama-sama kita memeriahkan sambutan Eminent 2009

INTRO KHAS ~

Bagi meneruskan kesinambungan pentarbiyahan untuk melahirkan golongan ulamak yang professional dan berwibawa, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sesi 2008/2009 telah bersepakat mengadakan program The Symposium Of Malaysian Student’s In Tanta (EMINENT2009). EMINENT 2009 akan dimuatkan dengan pengisian yang bersifat global dan menyentuh isu tanahair dan dunia, bagi melahirkan golongan mahasiswa yang peka dengan perubahan zaman serta bersedia menghadapi arus globalisasi.

Berdasarkan tema “Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan ”, diharapkan EMINENT 2009 ini bukan sahaja mampu melahirkan golongan ulamak yang dinamik dan globalis, bahkan bakal mengubah persepsi masyarakan terhadap golongan agamawan yang ditohmah terlalu jumud, tidak professional dan ketinggalan zaman. Semoga EMINENT 2009 akan memberi impak yang baik dan menjadi batu loncatan untuk golongan mahasiswa Azhar khusunya menjadi golongan ulamak yang professional dan dihormati


Tentatif EMINENT '09 ~


TENTATIF PROGRAM

THE SYMPOSIUM OF MALAYSIAN STUDENTS IN TANTA (EMINENT '09)
SIMPOSIUM MAHASISWA MALAYSIA TANTA (EMINENT '09)
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA TANTA
SESI 2008/2009


HARI PERTAMA

11 RABI’UL AWWAL 1430H / 8 MAC 2009 (AHAD)

12.30 tgh - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
8.00 mlm - 10.00 mlm : Majlis Perasmian EMINENT ‘09
1) Ucapan Pengerusi Majlis
2) Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
Oleh : Ustaz Malik Ahmad
3) Ucapan Aluan Pengarah EMINENT ‘09
Oleh : Mohamad Zuhdi Mat Piah
4) Ucapan Pengerusi DPM Tanta 2008/2009
Oleh : Mohd Faizul Endut
5) Ucapan Perasmian EMINENT '09
Oleh : Badan Pengurus PMRAM
10.30 mlm - 11.30 mlm : Dif-dif jemputan ke tapak Pameran dan Bazar EMINENT ‘09
: Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan

HARI KEDUA

12 RABI’UL AWWAL 1430H / 9 MAC 2008 (ISNIN)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
1.30 ptg - 3.30 ptg : Slot Bersama PMRAM (Talk Show)
Tajuk : PMRAM Sebuah Pertubuhan Kebajikan
Oleh : 1) Ustaz Khairul Anuar Ismail
Presiden PMRAM 2008
2) Ustaz Mohd Fakerei Mahyudin
Ketua Lembaga Penasihat PMRAM 2008
3.30 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
: Bazar EMINENT ‘09
8.00 mlm - 10.00 mlm : Ceramah Maulid Rasulullah S.A.W
Pengisi : Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufri
10.00 mlm - 11.30 mlm : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan

HARI KETIGA

13 RABI’UL AWWAL 1430H / 10 MAC 2008 (SELASA)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘‘09
: Demonstrasi
1.30 ptg - 3.30 ptg : Diskusi Kitab
Tajuk : Kaifa Nata’amul Ma’al Quran
Pembentang : Ustaz Mohd Nazrul Mohd Nasir
3.30 ptg - 4.00 ptg : Solat Asar
4.00 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘‘09
6.00 ptg - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm : Forum Bait Muslim
Tajuk : Madu Tiga
Panel : 1) Ustaz Majdi Zakaria
2) Ustaz Mohd Zamzaini Mohd Dahlan
3) Ustazah Syahidah Abdul Manaf
Pengerusi : Dr Nur Alia Kamaruzzaman
10.00 mlm - 11.30 mlm : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan

HARI KEEMPAT

14 RABI’UL AWWAL 1430H / 11 MAC 2008 (RABU)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘‘09
: TV Live
: Pertandingan EMINENT ‘09
1.30 ptg - 3.30 ptg : Fokus I
Tajuk : Tafsir Surah Pilihan : Surah al-Isra'
Oleh : Ustaz Nik Ahmad Shahir Nik Salleh
3.30 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
: Demonstrasi
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm :Bicara Siswa
Tajuk : Mahasiswa Mesir Peneraju Kepimpinan Negara
Panel : 1) Ustaz Mohd Hanafi Zulkifli
2) Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani
3) Ustazah Wan Balqis Wan Ibrahim
Pengerusi : 1) Mohd Jamal Najmuddin
2) Mohamad Faqih Mohamad Puzi

10.00 mlm - 11.30mlm : Bazar EMINENT ‘09
: Tayangan Multimedia
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
: Demonstrasi
11.30 mlm : Bazar ditangguhkan

HARI KELIMA
15 RABI’UL AWWAL 1430H / 12 MAC 2008 (KHAMIS)

12.30 tgh - 3.00 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan EMINENT ‘‘09
: Demonstrasi
3.00 ptg - 5.30 ptg : Fokus II
Tajuk : Al-Quran dan Perubatan
Pengisi : Dr Mohd Effy Saiful b. Mohd Fathil
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm : Fokus III
Tajuk : Kepentingan Penyelidikan Ilmiah Dalam Dunia Akademik
Pengisi : Prof. Madya Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan.
10.00 mlm - 11.30mlm : Bazar EMINENT ‘09
: Tayangan Multimedia
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09 : Demonstrasi
11.30 mlm : Bazar ditangguhkan

MALAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM (MANIS ’09)

17 RABI’UL AWWAL 1430H / 14 MAC 2008 (SABTU)

5.00 mlm - 6.00 mlm : Kehadiran peserta-peserta ke dewan penutup.
: Makan malam

7.15 mlm - 7.45 mlm : Solat Isyak

8.00 mlm - 9.00 mlm : Majlis Perasmian Penutup EMINENT ‘09
1) Ucapan Pengerusi Majlis
2) Ucapan Pengarah EMINENT ‘09
Oleh : Mohd Zuhdi Mat Piah
3) Ucapan Pengerusi DPM Tanta 2008/2009
Oleh : Mohd Faizol Endut
4) Ucapan Perasmian Penutup EMINENT ‘09
Oleh : Presiden PMRAM 2008

9.00 mlm - 11.30 mlm : Konsert Perdana dan Penyampaian Hadiah

11.30 mlm : Program EMINENT ’09 berakhir
Gotong-royong bersih dewan

~ Gambar Pilihan ~




::Penulis Ketika Menjadi Pengerusi Umum Ceramah Us Syed Kadir(X-Tantawi)::

http://eminent09.blogspot.com & http://edpmt.org

Brought to you by : shattirs