Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, February 28, 2009

Perubatan Islam



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



shattirs : Ya Allah,fakihkanlah diriku untuk mendalami ilmu berkaitan Perubatan Islam ini.Amin ~

~ Intro Khas ~

Perubatan Islam adalah merupakan suatu jenis rawatan yang bersumberkan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w dan doa-doa dari para sahabat dan para ulamak. Ia merupakan rawatan kerohanian iaitu untuk mengubati penyakit-penyakit yang bersifat spiritual dan kebanyakannya tidak dapat dirawati melalui kaedah moden.

Rawatan alternatif ini tidaklah menolak rawatan moden samasekali sebagaimana tanggapan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan satu cara perubatan yang dipilih setelah kaedah dari kepakaran rawatan moden tidak dapat mengatasinya seperti rawatan gangguan makhluk halus dari berbagai sebab dan penyakit-penyakit yang seumpamanya.

Perubatan Islam berbeza dengan perubatan yang diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan bangsa-bangsa lain di dunia dari dua sudut:

Pertama
:Amalan perubatan Islam mengajar perawat dan pesakit sentiasa bergantung kepada Allah.

Kedua :Amalan perubatan biasa hanya berasaskan bahan-bahan alam yang berdasarkan kajian dan pengalaman manusia. Sementara perubatan Islam pula menggabungkan antara dua perkara iaitu bahan alam dan doa serta jampi.

Sumber perubatan biasa ialah kajian semata-mata, sementara sumber perubatan Islam ialah gabungan antara wahyu ilahi, amalan nabi dan pengalaman serta kajian.

Setiap muslim meyakini bahawa Allah yang menurunkan penyakit dan hanya Allah yang menyembuhkanya.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan baginya penawar"



~ DOA PILIHAN SHATTIRS ~




~ DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK) ~

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


~ Keberuntungan beramal dengan doa ini~

Terhindar Daripada Bahaya ~

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

~ Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan ~

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir ~

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus ~

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

DOA AMALAN INSANI ~


1)Teks Doa Abu Darda' ~

Doa ini disuruh oleh nabi s.a.w mengamalkannya selepas solat subuh. sahabat nabi yang bernama Abu darda' rajin mengamalkan doa ini sehingga suatu masa rumah di sekelilingnya terbakar tetapi rumah beliau tidak terbakar. Kelebihan mengamalkan doa ini ialah terpelihara diri dan harta benda, insya' Allah.

اللهم أنت ربي لاإله إلا أنت عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم ما شاء الله كان و ما لم يشأ لم يكن لا حول و لا قوة إلا بالله العلي العظيم أعلم أنك على كل شيء قدير و أن الله قد أحاط بكل شيء علما اللهم إني أعوذ بك من شر نفسي و من شر كل دابة أنت آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم


2) Teks Doa Penawar Segala Penyakit ~

Teks doanya seperti berikut ;

ربنا الله الذي في السماء تقدس اسمك أمرك في السماء و الأرض كما رحمتك في السماء فاجعل رحمتك في الأرض واغفر لنا حوبنا و خطايانا أنت رب الطيبين أنزل رحمة من عندك و شفاء من شفائك على هذا الوجع


PERHATIAN
: Cubalah amalkan doa ini untuk menyembuh penyakit rohani dan jasmani.`

~ AMALAN BACAAN HARIAN ~

1- Banyak membaca ayatul kursiy
2- Banyakkan membaca Surah al-Falaq dan al-Nas.
3- Beristighfar 100 x
4- Bismillah 100 x
5- La ilaha illallah 300 x
6- Allah 300 x
7- Selawat 100 x

Amalan ini dilakukan selepas solat subuh.

Brought to you by : shattirs

Thursday, February 19, 2009

May Allah Bless Us



::Penulis di Alexandria (EGYPT)->tempat Usrah Medik Alex~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


1) Usrah Medik Alex (Naqib) ~ Smart Circle


Shattirs:Sebenarnya telah bermula pada tahun lepas,sekitar bulan 10 yang lalu,tetapi ditangguh setelah saya pergi mengerjakan ibadah Haji baru-baru ni.InsyaAllah usrah bersama pelajar-pelajar medik Alex akan bersambung setelah fatrah exam yang mereka akan hadapi pada mingu ini.

Haritu saya telah berbincang dengan Dr Farhan Alex (Wakil Usrah Medik Alex),kami memutuskan untuk kembali membuat usrah selepas anak-anak usrah habis exam.Untuk makluman DPM TANTA pada tahun ini menghantar 3 oang wakil untuk menjadi Naqib Usrah Medik Alex (ikhwah) iaitu Saya (shattirs),us Zahid n us Hafiz (shoubra-lani sambung di Al-Azhar TANTA).

InsyaAllah sebulan 2 kali akan turun di Alex.kekuatan usrah medik di Alex saya kira amat penting kerana ancaman dari usrah-usrah seperti usrah JIM (ISMA) dan seumpamanya.Ini sedikit sebanyak akan membantu mencambahkan fikrah mahupun buah fikiran diantara doktor dalaman(USTAZ) dan doktor luaran(pelajar Medik).

Antara matlamat diadakan usrah khas untuk pelajar-pelajar medik ini ialah :

1) Memberikan kefahaman umum berkenaan dengan Islam kepada semua ahli usrah.

2)Menanamkan fikrah sayangkan agama,keinginan untuk memahami,belajar dan beramal denganya.

3)Mengukuhkan ikatan kasih sayang,sesama ahli(ukhwah islamiyyah)

4)Merapatkan ahli dengan persatuan,bersedia bersama dengan program dan memberikan khidmat buah fikiran juga tenaga.


Ini boleh saya simpulkan pada 3 cabang yang utama --> FAHAM~FIKRAH~~UKHUWWAH~~

2) Doa AmYan Shattirs ~

Shattirs : Alhamdulillah,nampaknya doa AmYan Shattirs sudah diAminkan ,terutamanya oleh orang yang selayaknya.Terima Kasih ~

Inilah doa yang sudah dibalas serta diAminkan ~

~ Ya Allah,sesunguhnya aku bersyukur dengan nikmat cinta insani yang kau kurniakan,pejuang soleh idaman seorang srikandi.semaikanlah cinta kami hingga akhir hayat kami.Ameen ~

Shattirs
: Amin ya Rabb

3)May Allah Bless Us ~

Istimewa gambar blog shattirs kali ini ~



1) Mak bersama dengan himpunan novel anak kesayanganya (Nurul Amira Najwa) -> Adikku yang comel dan manja.

Amira adik kesayanganku memang seorang peminat novel yang setia. ^_^



2) Tahniah untuk abang ( Mohd Khairil Hafizi ) KPLI-Bahasa Arab ->Lulusan (BA-Hons) Tahfiz-Al-Azhar,Soubro-Mesir ~

Lani dah mengajar di Teluk Intan (dekat je dengan rumah)

Brought to you by : shattirs

Monday, February 16, 2009

Cinta Seorang Pejuang ?



::Indahnya C.I.N.T.A kerana Allah::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


--> Cinta Seorang pejuang ?

Shattirs : 1)
Bagi saya,selagi bernama manusia,akan ada sifat ingin disayangi dan menyanyangi,ini adalah fitrah insani yang Allah terbitkn didalamn jiwa dan sanubari setiap makhluknya di muka bumi ini.Firman Allah :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(al-Zariyat/51:49 )

Maka dalil diatas menjadi bukti bahawa setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri, ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah sepertimana berikut :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

(Surah Ar Ruum ayat 21) ~

2) Jadi di sana,ada jalan untuk menghasilkan nilai cinta yang terbaik bagi manusia dimana akan dinilai oleh Allah,iaitu nilai cinta kerana Allah dan rasulnya serta tidak melangar syariat agamanya dan semestinya cinta yang disemai bukanlah cinta yang berajakan nafsu semata-mata.Jangan jadikan fitrah sebagai sumber fitnah ~

3) Cinta seorang pejuang agama Allah adalah cinta untuk Allah dan rasulnya.Mana mungkin perasaan cinta untuk manusia tidak dibajai sekali dengan nikmat cinta ilahi.Indahnya percintaan seorang pejuang agama Allah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah serta dapat pula menunjukkan kepada umum bahawa bercinta itu tidak salah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan yang Islam anjurkan.Percintaan yang sebenar adalah percintaan selepas ikatan yang sah melalui akad serta mas kahwin dari seorang pejuang kepada serikandi pilihan Allah.

4) Setiap daripada kita ingin sebuah percintaan yang bahagia.Percintaan yang kekal abadi hingga keakhirnya.Alangkah indahnya perkahwinan sesama pejuang agama Allah,bukan sahaja disatukan di dunia ini bahkan disana bersatu juga di alam akhirat untuk selama-lamanya.

5) Oleh itu,bersyukurlah kehadrat ilahi andai disana dikurniakan seorang Mujahid mahupun Mujahidah Solehah penyeri alam ini.Allah lebih mengehtahui hati dan jiwa hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,yang mana pejuang -pejuang ini akan bersatu hati untuk menegakkan kalimah Allah serta menjadi pendokong yang sejati.Cinta seorang pejuang juga mestilah berkonsepkan " Amar Makruf Nahi Mungkar".

6) Alangkah indahnya juga andai disatukan dengan " 1 Fikrah" yang sama,ketika mana mereka bukan hanya disatukan dengan sefikrah denganya tetapi juga bersama-sama membantu perjuangan Islam selagi hayat dikandung badan.

7) Seperti kata sahabatku Ibrahim Mansor -->"Mereka yang memperjuangkan perjuangan rakyat Paletin dan PAS adalah seorang pejuang hakiki,nilai mereka sangat tinggi di sisi Allah.dan semestinya fikrah amat jelas untuk dicanangkan.."

shattirs : Sebenarnya banyak lagi coretan mahupun kalam berkenaan cinta seorang pejuang ini,tetapi cukuplah sekadar ini dahulu.

Doa ~ AmYan Shattirs ~

~ Ya Allah,sesunguhnya aku bersyukur dengan nikmat cinta insani yang kau kurniakan,serikandi solehah idaman seorang pejuang.semaikanlah cinta kami hingga akhir hayat kami.Ameen ~

Shattirs
: Saya petik bicara kalam berkenaan nilai cinta insani dari blog murabbiku di UIAM ~

Bismillahirrahmanirahim ~

Cinta sesama insan mesti menjadikan Allah sebagai sumber dan saksinya. Syariat Allah sebagai landasan dan syurga Allah sebagai matlamat akhirnya. Untuk itu, kita diajar agar sentiasa berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ

(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintamu dan cinta orang yang mencintaimu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintamu. Ya Allah, jadikanlah cintamu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).

[i]Adapun menjadikan nafsu sebagai landasan cinta, hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan. Bahkan penderitaan berpanjangan. Cinta berahi ini selalunya menjadikan paras sebagai identiti, kekayaan sebagai penyeri dan dunia sebagai medan abadi. Cinta ini sering membawa manusia lupa tuhan, lupa daratan dan lautan. Cinta sebegini cinta murahan yang sering dijaja oleh sang pencinta di pasar malam.

Tiada kualiti dan nilai suci. Itulah cinta yang sering dipromosi oleh Barat dalam membina ikatan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kehidupan seluruhnya. Cinta inilah yang telah menjahanamkan akhlak dan rohani mereka. Cinta bagi mereka adalah umpan untuk memancing kepuasan seks dan keseronokan. Cinta yang langsung tiada kejujuran walaupun sering diungkapkan kepada pasangan dengan nada dan raut wajah yang menampakkan kesungguhan.

Sebenarnya itu cinta ala syaitan kerana sering diungkapkan di bawah cahaya bulan dan mungkin juga di bawah pohon rimbun dalam keadaan berdua-duan. Orang ketiga yang turut hadir menjadi saksi perjanjian cinta itu ialah syaitan.Berpada-pada dalam mencintai insan, kerana mereka manusia biasa seperti kita. Memiliki kekuatan dan kelemahan.

Jangan terpedaya dengan cinta manusia, kerana ia tidak sama dengan cintanya tuhan. Jangan habiskan perasaan hanya untuk seorang insan. Sediakan sedikit ruang untuk kecewa dan dikecewakan. Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا


(Cintailah orang yang kau cinta berpada-pada, kerana kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti. Bencilah orang yang kau benci berpada-pada kerana kemungkinan ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti).

[ii] Berkata Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.:

يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإٍنَّكَ مَيِّتٌ وَاحبِبْ مَنْ أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارَقهُ واعْمَل مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

(Wahai Muhammad, hiduplah engkau seperti mana yang kau suka, (tapi ingat)
sesungguhnya engkau akan mati, cintailah sesiapa yang ingin engkau cintai, (tapi ingat) engkau akan berpisah dengannya, buatlah apa-apa yang engkau suka, (tapi ingat) engkau akan dibalas atas perbuatanmu).

[iii] Cinta dalam Islam cuma boleh diungkapkan oleh dua insan berlainan jenis dan ajnabi (boleh berkahwin mengikut hukum syara') untuk satu tujuan sahaja. Iaitu cinta untuk pernikahan. Untuk membina ikatan kekeluargaan. Untuk sehidup semati berlandaskan hukum tuhan. Sanggup berkongsi kebaikan dan keburukan, keistimewaan dan kekurangan, susah dan senang sepanjang hayat. Hanya cinta ini perlu berkorban. Si gadis akan mengorbankan kegadisannya pada sang teruna dengan penuh kemuliaan.

Mengorbankan baki umurnya dengan penuh keyakinan. Yakin pada teruna yang benar-benar jujur dengan cintanya. Teruna yang benar-benar berani mencintainya. Di hadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali dia mengisytiharkan kepada dunia bahawa "Wahai gadis, aku mencintaimu, I love you" walaupun laungan cinta itu terselindung di sebalik lafaz " Aku terima nikahnya..".

Cinta itu menyebabkan ia sanggup menjadi galang-ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil lagi. Maka kini, si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah. Ini kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.

Cinta yang diikat dengan perkahwinan ini sahajalah yang diiktiraf oleh agama Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ

(Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah).

[iv] Adapun cinta muda-mudi masa kini yang tidak tentu arah haluannya merupakan cinta terlarang. Cinta sekadar untuk bersuka ria. Bukan untuk berkahwin dan berumahtangga. Kadang kala apabila ditanya, "Untuk apa bercinta?" Ia akan menjawab, "Untuk kahwin dan berumah tangga". Tapi bila ditanya lagi "Bila? "Ia sering menjawab, "Tak pasti lagi, ikut jodoh yang tuhan tentukan?". Cinta begini walau kulitnya nampak cantik tapi isinya penuh dengan ulat dan kurap. Ia sering dijadikan alasan untuk menghalalkan hubungan.

Bertahun-tahun hidup tanpa ikatan tetapi tingkah laku mengalahkan orang sudah berumah tangga. Ramai dara yang tertewas dalam perjudian cinta begini. Mengadai maruah atas nama cinta dan pengorbanan. Akhirnya ia menjadi mangsa dan terkorban sebelum sampai ke medan perjuangan. Tidak kurang yang terlantar di rumah kebajikan dan pemulihan. Ramai juga yang menjadi penghuni tetap hospital gila kerana tidak siuman. Mungkin ada yang boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi ia tidak mungkin mampu melupakan peristiwa itu sepanjang hidupnya. Bahkan kepalsuan dan ketidakjujurannya itu akan dirasai olehnya sendiri pada malam pertama.

Tatkala tangan suami menyentuhnya dengan penuh bangga kerana menjadi wira penakluk pertama dan melafazkan cinta sucinya, si gadis akan menangis dan mungkin juga ketawa, kerana ia tahu teruna itu telah tertipu. Terbinalah rumah tangga itu berlantaikan pendustaan dan pengkhianatan. Nasib masa depannya tidak dapat dipastikan, kerana dalamannya cukup rapuh sedang luarannya hanyalah drama cinta yang dilakonkan. Itulah bahayanya kalau tidak memahami hakikat cinta atau memahaminya tidak berlandaskan agama.

Fikir seribu kali sebelum menuturkannya. Nilailah siapa bakal penerimanya. Tentukan jarak dan matlamatnya. Jujurlah apabila menuturkannya. Pandang ke langit yang tinggi, carilah di sana cahaya ilahi ketika mengungkapkannya. Pandang ke dalam perut bumi, apa kesudahan cinta ini nantinya. Adakah memudahkan kita masuk syurga atau menjadi sebab masuk neraka?

Bagi orang yang tersesat dalam cinta, jangan dulu mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Anda masih ada satu alasan untuk meneruskan hidup dan bahagia seperti orang lain. Alasannya ialah, Allah masih mencintai anda lantaran itu ia masih membenarkan anda bernafas di bumi ciptaanNya. Pintu perubahan dan taubat juga masih terbentang di hadapan. Habiskan sisa umur untuk mencari cinta ilahi, kerana itulah cinta sejati.

Dekatilah ia di mihrab solatmu, mohon cintanya melalui zikirmu. Dendangkan kedukaan dan pengharapanmu melalui bacaan al-Quran. Pandanglah wajah alam dengan penuh kagum atas kehebatan ciptaannya. Pandanglah dirimu, anda masih memiliki fasiliti yang mencukupi untuk meneruskan hidup sekali lagi dan mencari erti kebahagiaan hidup sejati. Firman Allah S.W.T.:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


(Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).[v]
Cinta dan rumah tangga tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan tali pengikat hubungan suami isteri. Kuasanya menyebabkan dua jiwa bersatu dan sanggup berkongsi kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangannya. Allah S.W.T. berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

(Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan).

[vi] Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang direstui ilahi akan melahirkan kerukunan dan ketenangan. Ketenangan inilah makna sebenar kebahagiaan. Ia tidak semestinya berada di banglo besar, kereta mewah atau kelengkapan rumah yang serba canggih. Tapi ia berada di dalam hati dua insan yang sentiasa redha meredhai dengan apa pun kurniaan tuhan dalam rumah tangga mereka. Itulah indahnya gambaran dua insan yang bersatu di bawah bumbung rumah tangga iman. Pelik tapi benar dan sudah ramai yang mampu merasainya asalkan yakin dan sanggup mengamalkan semua petua dan tuntutannya.

Rumah tangga dalam konteks yang lebih luas adalah asas kedua untuk mengembalikan kegemilangan silam. Tamadun Islam silam yang kini tinggal bayang-bayang, tidak mustahil dijelmakan dalam dunia realiti andainya umat ini berjaya membina semula keperibadian, keluarga, masyarakat dan negara mereka.


Imam Syeikh Hassan al-Banna rahimahullah ketika mengariskan marhalah dan wasilah dakwah bagi mengembalikan ketuanan Islam, meletakkan rumahtangga sebagai wasilah kedua. Kata beliau: "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka inilah yang dimaksudkan pembentukan diri kita secara individu.

Kemudian kita inginkan rumah tangga muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Untuk itu kita akan memberi perhatian kepada kaum wanita sama seperti kita memberi perhatian kepada kaum lelaki. Memberi perhatian kepada kanak-kanak sama seperti perhatian yang kita berikan kepada belia. Inilah yang dimaksudkan pembinaan diri kita melalui keluarga".

[vii] Kemudian beliau mengariskan marhalah seterusnya iaitu pembinaan masyarakat Islam selepas pembinaan keluarga, diikuti dengan pembentukan kerajaan Islam, disusuli dengan usaha membebaskan negara-negara Islam yang masih terjajah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan empayar Islam yang dibina atas asas keadilan dan penyebaran cahaya dan petunjuk kepada manusia sejagat.

[viii] Begitulah besarnya peranan rumah tangga dan keluarga dalam kehidupan seorang pejuang agama. Adapun bagi orang biasa, yang tidak memahami hakikat kehidupan ini kecuali untuk diri sendiri. Tidak memiliki impian tinggi untuk melihat agamanya menjadi maha guru dunia, rumah tangga baginya sekadar tempat memenuhi tuntutan kemanusiaan dan fitrah kejadian secara halal. Lantaran itu, ia tidak merasakan betapa pentingnya organisasi yang ia bentuk dan besarnya peranan keluarga yang ia pimpin.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi cintanya kepada kita untuk terus mencintai agamanya. Tanpa cinta dan agamanya, hilanglah keistimewaan kita sebagai manusia. Semoga amal yang tidak seberapa ini, ikhlas kerana Allah semata-mata dan pemberat timbangan di hari yang tidak ada gunanya harta, isteri dan anak-anak.



Kepada Pejuang Agama Allah~!

katanya kau seorang pejuang,

tapi ikhtilat mu tidak dijaga?

katanya kau seorang pejuang,

tapi kau masih assobiyyah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension?

katanya kau seorang pejuang,

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA?

katanya kau seorang pejuang,

kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari?

katanya kau seorang pejuang,

kau xpun berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan muzik-muzik yang lagha?

katanya kau seorang pejuang,

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih bela jemaah berbanding islam?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya?

katanya kau seorang pejuang,

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan?

katanya kau seorang pejuang,

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya?

katanya kau seorang pejuang,

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir?

katanya kau seorang pejuang,

hidupmu masih senang lenang dan mewah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk?

katanya kau seorang pejuang,

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu?

katanya kau seorang pejuang,

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat?

Shattirs : Duhai pejuang semua,marilah kira bermuhasabah kembali kenapakah kita diciptakan di dunia ini. ~


shattirs
: Tuntut ilmu,banyak berdoa,sentiasa mengingati Allah,dampingi org2 soleh,al-quran,sentiasa mengigti mati,banyak brsabar,rajin,sentiasa brfkiran positif,bijak mnguruskan masa,fokus pada matlamat,seimbangkan dunia akhrat,insyaAllah berjaya ~

Brought to you by : shattirs

Friday, February 6, 2009

Aduhai Negeriku PERAK~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد




:: Hidup Berjuang Mati Terbilang::

Shattirs : Mutakhir ini,kejadian rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di negeri Perak telah menyebabkan berlakunya gerakan reformasi besar-besaran oleh semua rakyat Malaysia dan rakyat Perak khususnya untuk melaungkan slogan keamanan dan slogan demokrasi yang mana rakyat adalah raja bagi menentukan siapa yang layak memerintah dan diperintah.

Umum bagaikan terkejut dengan gelombang mahupun senario yang berlaku pada mingu ini yang boleh saya gambarkan keadaan kelam kabut BN untuk menguasai negeri Perak setelah tewas di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Tidak sampai setahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak.Ini mungkin disebabkan sifah dengki BN apabila melihat negeri Perak yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui MB PAS( Dato seri Nizar Jamaluddin telah melakukan banyak pembaharuan untuk meletakkan Perak ke mercu kegemilangan.

Di sana,saya amat yakin Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamaad Nizar Jamaluddin bertindak betul apabila dengan berat hati tidak mengikut arahan Sultan Perak yang menitahkannya meletakkan jawatan semalam. Saya juga yakin bahawa Dato' Nizar bukan berperwatakan tamakkan kuasa dan pentingkan diri. Beliau cuma mahu melihat peralihan kuasa tidak diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Sultan Perak yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara tidak sewajarnya memilih jalan kontroversi, yang hanya membuatkan rakyat mula mempersoalkan kebijaksanaan baginda. Hal ini tentu amat mengecewakan semua pihak dalam dan luar negara terutamanya rakyat negeri Perak sendiri.



~ Amanat Terakhir Dato'Seri Nizar~


Ucapan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan ringkasnya di hadapan kakitangan kerajaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, semalam.

"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir"




Sumber : Harakahdaily.net

Presiden PAS -> Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang~


Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Brought to you by : shattirs

Monday, February 2, 2009

Sony Ericson W 880 i Dalam kenangan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


1/2/2009 ~

Shattirs : "Sony Ericson W 880i dalam kenangan" itulah entri shattirs untuk kali ini.Kejadian tengah hari semalam (1/2/2009),merupakan kejadian yang kedua selepas kehilangan NOKIA 6630 pada tahun lepas setelah genap setahun (30/1/2008).

Ini kali kedua berlaku di bumi Mesir,bumi yang saya kira sangat bertuah dengan nikmatnya yang tak terhingga.Baikla,berbalik kepada tajuk asal entri kali ini,kehilangan Sony Ericson W 880i adalah sangat misteri.Panjang ceritanya,saya cuba pendekkan <--

Nampaknya jalan cerita kehilangan Sony Ericson ini lebih kurang jalan cerita yang sama sewaktu kehilangan Nokia 6630 dahulu (boleh baca post entri yang terdahulu).Cuma mungkin watak dan keadaanya sahaja yang berbeza.

Cuma apa yang membuatkan saya rasa bersyukur ialah sehari dua sebelum kehilangan henset tersebut,saya telah memasukan semua gambar-gambar dan video ke dalam laptop peribadi.Seperti kejadian yang terdahulu,tiga hari sebelum kejadian juga saya macam tidak boleh berpisah dengan Sony Ericson tersebut dan dapat rasa ada benda yang tidak baik akan berlaku.Nampaknya memang benarlah,tengah hari semalam Sony Ericson W 880i telah meninggalkanku buat selama-lamanya.

Modus operandi kejadiaan bermula ketika saya baru balik dari Ekspresi Persaudaran TANTA (Expert Games) anjuran DPM TANTA.Setelah program berakhir sekitar selepas solat zuhur,tanpa berlengah masa saya pun terus pulang ke rumah di Tanta Scan.Seingat saya henset Sony Ericson itu masih ada ditangan saya sehinggalah sampai di pintu masuk bawah rumah (rumah saya tingkat 5).

Ketika saya hendak masuk imarah rumah,saya lihat ada seorang pengemis perempuan(muda-umur-sekitar 30 tahun) sedang menungu dihadapan pintu bawah rumah.Tanpa saya sedari,saya telah ditahan oleh perempuan tadi yang nak minta sedekah (duit),beliau kata anaknya sedang sakit dirumah dan perlu dihantar segera ke hospital tetapi tiada wang.Setelah mendengar luahan hati perempuan tadi,tiba-tiba saya merasa amat kesian.

--> Maka Bermulalah Al-Kisahnya <--

Saya pun keluarkan sedikit wang untuk diberikan kepada perempuan muda arab tadi,ketika saya keluarkan duit,seingat saya,saya juga telah mengeluarkan dari poket baju yang sama henset Sony Ericson tersebut dan beberapa jumlah wang.Setelah saya melihat perempuan tadi,saya merasa diri ini seperti di'PUKAU',bila saya tersedar ,perempuan arab tadi sudah tiada dihadapan mata.Dengan tidak memikirkan sesuatu perkara berlaku,saya terus naik ke rumah dan masuk ke dalam bilik.

Tiba-tiba saya teringat utuk mesej kawan di Kaherah,ketika itulah saya lihat henset Sony Ericson saya sudah tiada di dalam poket baju yang dipakai ,turut hilang ialah sejumlah wang bernilai LE 30 Junaih.Tanpa membuang masa,saya kuatkan kudrat diri yang keletihan usai pulang dari bersukan selama 3 hari untuk mencari perempuan yang minta sedekah tadi.Habis seluruh Tanta Scan saya berjalan dan mencari beliau,tetapi agak malang,mungkin beliau sudah menghilangkan diri jauh dari pandangan mata .Saya terus ke kedai telefon arab untuk call nombor saya,,akan tetapi dengan pantas henset tadi telah ditiutup dan saya amat yakin dan percaya sim-card juga sudah dikeluarkan.

Saya terus menelefon dua insan istimewa di bumi Mesir ini untuk bagitahu kejadian yang berlaku.Walaubagaimanapun saya redha dan pasrah dengan apa yang terjadi.Inilah Ujian Allah untuk hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa mahupun ujian untuk seorang pejuang dan yang mahu berjuang dijalanya.Ini hanya ujian jecil jika ingin dibandingkan dengan ujian dan dugaan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di palestin (GAZA),Iraq,Chechen ,Acheh dan di tempat-tempat konflik umat Islam yang lain.Ujian mereka adalah lebih berat dan besar.

Mungkin juga Allah nak gantikan yang lebih baik dari sebelumya,siapa tahu.Mudah-mudahan bergitulah hendaknya.AMIN.Terima kasih untuk sahabat2 di Mesir ni dengan kata-kata semangat dan nasihat.Walaupun kejadiaan itu baru berlaku ,tetapi dengan pantas boleh dikatakan ramai kawan-kawan yang tahu walaupun saya hanya bagitau beberapa orang sahaja.Terima kasih sekali lagi.

Tiba -tiba saya teringat us Kamal (guru saya di KISAS),beliau juga antara insan yang kehilngan henset sebanyak 2 kali ketika belajar di sini suatu ketika dahulu.Buat sementara waktu saya nak berhenti dahulu mengunakan hesnet,insyaAllah nanti bila sudah pakai npmbor baru,saya akan maklumkan kepada rakan-rakan semua.Nasib baik saya ada simpanan 1 lagi henset tetapi tiada bateri.(yang pasti nasihat saya untuk diri ini dan rakan-rakan semua,jangan pakai henset jenama NOKIA->Boikot produk Israel/Usa) <-

Shattirs :Saya tak nak bagitau keluarga dahulu sebab tak nak menyusahkan keluarga dengan hadiah henset untuk kali ke 3.Terima kasih untuk kawan-kawan sekali lagi,sebenarya saya tak nak cerita benda ni,tetapi ramai kawan-kawan yang desak supaya saya cerita dalam blog shattirs ini.

Untuk makluman semua,masyarakat arab Mesir memang kaya dengan ilmu sihir dan ilmu Pukau memukau ini,sehinggakan tahun lepas jiran sebelah rumah saya ni nak ajarkan saya ilmu tersebut,tetapi saya tolak kerana tidak mendatangkan sebarang faedah untuk diri.

Banyak kejadian kehilangan harta benda yang menimpa pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Cuma nasihat saya untuk diri ini dan semua pembaca blog shattirs,lazimilah membaca apa jua ayat-ayat suci Al-Quran ketika berada di luar rumah,sebagai pelindung dari syaitan dan iblis.Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dari ancaman mahupun ujian yang menimpa,samada kita sedari mahupun tidak.



::Nice View::

Esoknya-->2/2/2009 ->Di Negeri kelantan,MALAYSIA~

Sumber : Utusan Malaysia



AMIR Hamzah Ibrahim menunjukkan gambar dipercayai warga Arab yang melakukan samun menggunakan pukau di Kota Bharu, kelmarin.

~~Waspada Penipuan Lelaki, Wanita Arab~~


KOTA BHARU 2 Feb. - Polis Kelantan meminta para peniaga di daerah ini berwaspada dengan sindiket penipuan yang dilakukan warga asing dipercayai berketurunan Arab sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, polis kini sedang memburu kumpulan tersebut yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari negara Timur Tengah.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mereka di premis perniagaan seperti pasar raya, kedai emas dan runcit yang mempunyai mesin pengiraan wang.

"Modus operandi mereka ialah menggunakan taktik ingin menukar wang dan meminta mangsa menukarkan wang tersebut.

"Mereka kemudian bertindak mengambil sendiri wang itu setelah mangsa membuka mesin pengiraan wang itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sejak sepuluh hari lalu, kumpulan itu dikatakan terlibat dalam 10 kejadian samun serta pukau di sekitar bandar ini dan Machang.

Amir Hamzah berkata, kumpulan itu dikatakan menggunakan kaedah pukau kerana mangsa tidak menyedari wang tersebut telah dicuri sehinggalah kumpulan itu beredar.

"Selain itu, kumpulan ini juga menggunakan taktik dengan menyuruh mangsa menunjukkan jumlah wang yang banyak untuk ditukar dengan wang yang dimiliki mereka dalam mata wang Amerika Syarikat.

"Mereka dipercayai menggunakan kereta Proton Perdana berwarna perak bernombor pendaftaran palsu BSK 9482," katanya.

Brought to you by : shattirs