Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, November 11, 2008

Berita Negeri PERAK DARUL RIDZUAN



:: Sultan Perak bertanyakan sesuatu kepada Pengetua Kanan Sekolah (SERATAS) selepas melancarkan buku hasil karya pelajar sekolah tersebut ::

~ BERITA 1 ~


TAIPING, 22 OKT – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyarankan supaya perkara kontrak sosial diperkenalkan di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam. Baginda bertitah kefahaman generasi muda terhadap kontrak sosial ini penting supaya keharmonian, keamanan dan kestabilan negara terus terjamin.

I"Beta berasa bangga bahawa pendirian tegas yang telah dibuat oleh Raja-Raja Melayu baru-baru ini mengenai perkara kontrak sosial telah mendapat sambutan dan sokongan yang kuat daripada pelbagai pihak," titah baginda ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat serta Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Hussain Harun.

Baginda turut mengingatkan bahawa sesuatu pengiktirafan hendaklah dianggap sebagai satu daripada anak tangga dalam pendakian menuju puncak kecemerlangan dan wajib untuk berasa cemburu terhadap pencapaian orang lain yang lebih cemerlang.

Pada majlis itu Sultan Azlan turut menyampaikan anugerah Tokoh Alumni kepada Mohd Akil Mohd Yusuf, 41, atas usaha menubuhkan Persatuan Mengembalikan Kecemerlangan Remaja SERATAS (Mekar) serta Anugerah Pelajar Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia 2007 kepada Muhammad Farid Nazar Muhammad Faruqu yang berjaya mendapat 9A1.


~ BERITA 2 ~



:: Pelancaran gimik Pecah Tanah Tapak Ipoh Central Transportation Hub Bandar Meru Raya Ipoh ::

IPOH, 21 OKTOBER – Negeri Perak sekali lagi menempa sejarah setelah terbinanya Terminal Bas yang serba lengkap untuk keselesaan rakyat negeri ini mahupun pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang terletak di Bandar Meru Raya berhampiran Tol Jelapang.


Dengan kos pembinaan RM38 Juta di atas tapak seluas 8.33 ekar, semua jalan laluan untuk kenderaan awam akan dirancang semula untuk menjadi lebih sistematik yang bakal memberi kepuasan kepada penumpang dan pengguna sekali gus mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Pembinaan terminal bas ini meliputi sebuah pusat perdagangan serbaguna berintegrasi yang lengkap dengan pusat membeli belah, Internet percuma jalur lebar (WIFI) serta tempat rehat pengguna Lebuh Raya Utara Selatan. Selain menjadi tempat utama persinggahan bas, ianya turut memberi impak positif terhadap sosio ekonomi sekitarnya dan merangsang industri perlancongan serta menjana hasil pendapatan negeri. Usaha murni ini juga akan menjadikan Perak sebagai pintu masuk “Gate Way” dan destinasi tumpuan orang ramai yang bakal menarik minat pelabur luar ke negeri ini.

Hasrat tersebut tercapai setelah 18 pengusaha bas bersetuju bergabung di bawah Syarikat (The Combined Bus Services Sdn Bhd) bagi menyediakan perkhidmatan penggangkutan awam negeri ini yang lebih selesa kepada pengguna. Pihak syarikat juga telah bersetuju melabur sebanyak RM150 juta untuk menyediakan 250 buah bas pengangkutan awam yang baru bagi menggantikan bas-bas yang lama. Majlis Pelancaran Tapak Ipoh Sentral Transportation Hub Meru Raya, Ipoh disempurnakan oleh Menteri Besar Perak.


`~ BERITA 3 ~



:: YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut ::



IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.

Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.

“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.

shattirs : Apabila melihat Dr Wan Azizah ,tiba2 saya teringat pada seseorang..^_^

Kawan2 saya kata jika ditakdirkan kerajaan PAS @ PAKATAN RAKYAT kekal untuk tempoh yang lama di negeri Perak,adakah saya bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar Negeri Perak @ ADUN NEGERI

...JAWAPAN SAYA.....

Shattirs : Jika ditakdirkan Allah,bukan sahaja jawatan Menteri Besar akan tetapi jawatan Perdana Menteri @ Menteri kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat yang saya dambakan,bukan kerana gilakan jawatan,tetapi jika kita ingin menegakkan "Daulah Islamiah",serta mahu melaksanakan syariat Islam di muka Bumi Malaysia dan seantero dunia amnya,kuasa pemerintahan negara amat perlu bagi melaksanakan impian yang dicerna serta dirancang untuk direalisasikan..

Brought to you by : shattirs

No comments: