Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, August 23, 2007

Pengurusan Sistematik



Assalamualaikum,

AlhamduliLlah, segenap pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, selawat dan salam dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, ahli bait baginda yang mulia, para sahabat dan seterusnya muslimin dan muslimat pendukung kalimatul haq sepanjang zaman.

Kepimpinan dan pengurusan merupakan perkara yang sangat penting menurut persepsi Islam. Islam mengajar kita merealisasikan konsep kepimpinan “Hari esok adalah lebih baik dari hari sebelumnya.” Islam juga mengajar kita supaya tekun melakukan setiap amalan dan menjadikannya sebaik-baik amalan yang pernah dilaksanakan. Ianya memerlukan kepada potensi mahupun kemajuan ke arah mengapai kecemerlangan didalam tindakan.

Daripada pemerhatian saya,potensi manusia boleh digerakkan kehadapan melalui beberapa peringkat,di sini dapat saya nyatakan :

Cara Mudah Meningkatkan Potensi Anda :

* mengejar kecemerlangan
* membina keperibadian
* mengekalkan kesihatan
* kepimpinan berkesan
* berani menghadapi risiko
* meningkatkan keyakinan diri
* meningkatkan daya usaha

Selepas meningkatkan potensi anda,kita perlu berfikir jalan untuk meningkatkan kemajuan diri ke arah kecemerlangan kendiri.


Bagaimana Mahu Meningkatkan Kemajuan Diri :

* kenal pasti kelemahan anda sebagai langkah pertama sebelum memperbaikinya
* lakukan sesuatu perkara dengan cara yang paling mudah,gunakan kekuatan anda
* belajar menerima kritikan yang membina dan bertindak untuk memperbaiki kesilapan
* bentuk cita - cita jangka panjang anda untuk membantu anda merebut peluang untuk maju ke hadapan
* berani menerima tangungjawab pada peluang pertama yang datang pada anda
* miliki target untuk kemajuan diri dan kerjaya anda
* jangan takut untuk terus belajar dan mengambil iktibar dari kegagalan.

Oleh itu, kita memerlukan sesi latihan dan pembelajaran di samping kemahiran yang tinggi bagi memastikan kelangsungan agenda kesatuan, tuntutan ilmu dan kebajikan. Ia mestilah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Perkara ini bersesuaian dengan tuntutan agama Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya supaya sentiasa belajar dan bertanzim (bersistematik) dalam semua perkara.

Kalam Saidina Ali yang masyhur :

الحق بلا النظام يغلبه الباطل بالنظام

Oleh itu, kita perlu mempersiapkan persediaan yang rapi dari sekarang dalam menghadapi cabaran yang semakin kuat pada masa sekarang dan akan datang samada persediaan rohani, jasmani, kemantapan ilmu mahupun syakhsiah.

Akhirnya, praktikkanlah apa yang kita perolehi dan mudah-mudahan kita senantiasa mendapat nusrah dan hidayah daripada Allah Taala.
Wallahua’lam

Brought to you by : shattirs

No comments: