Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, August 27, 2007

Nisfu Syaaban



Assalamualaikum..


Buat sahabat sekalian...

marilah kita meramaikan masjid pada
malam 14 Syaaban iaitu 27 Ogos 2007.
malam 15 Syaaban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana
buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti
dengan buku catatan yang baru. Catatan
pertama yang akan dicatatkan dibuku
yang baru akan bermula sebaik sahaja
masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban
bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di
hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban -
terdapat dua cara mengerjakan solat
sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi
salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah
Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali
setelah setiap rakaat setelah membaca
surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi
salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah
Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali
setelah setiap rakaat setelah membaca
surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat
Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan
umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang
halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan
iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi
esoknya-15 Syaaban)

marilah kita manfaatkan hari ini...
semoga Allah menerima amalan-amalan
kita pd tahun ini, dan menerima amalan-
amalan kita pd esok hari...

Brought to you by: shattirs

No comments: